MEKAH: Menyembunyikan pangkat, jawatan dan taraf pendidikan menjadi satu daripada cara terbaik bagi memupuk keakraban dan hubungan harmoni dalam kalangan jemaah haji.
Perkara itu dikongsikan dua jemaah wanita yang merupakan doktor pakar dan pensyarah kanan apabila mereka perlu tinggal sebilik dengan empat wanita lain yang terdiri daripada pelbagai latar belakang.
Siti Norhafiza Mohamad Azmi, 35, pakar patologi di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang berkata rahsia pekerjaannya hanya terbongkar beberapa minggu selepas tinggal sebilik dan ketika itu kesemua mereka telah akrab bagaikan adik-beradik.
"Saya tidak 'membawa' jawatan ke Tanah Suci. Di sini, kita sama sahaja dan itu tujuan kita menunaikan haji. Dalam bilik ini ada profesor, guru tadika, kerani dan ada juga tukang jahit... tetapi kita semua sama, dari segi ilmu atau apapun.
"Kesemua rakan sebilik juga akan saling membantu kalau ada perkara yang kita tak tahu. Pada saya, bersikap rendah diri akan membolehkan kita lebih akrab... apa yang berlaku sekarang adalah satu pengalaman yang menginsafkan," katanya kepada pemberita di bilik penginapan jemaah haji di bangunan Abraj Al Janadriyah di sini.
Menurut Siti Norhafiza, kesemua rakan sebiliknya bukan sahaja saling menjaga ketika sakit malah akan menunaikan solat berjemaah di bilik jika tidak berpeluang ke masjid selain sentiasa sepakat menyertai pelbagai program yang dianjurkan Lembaga Tabung Haji (TH).
Ditanya adakah beliau bersedia untuk bertugas sekiranya diperlukan TH, Siti Norhafiza yang disifatkan seorang yang pemurah oleh rakan sebilik berkata: "Saya telah maklumkan kepada pegawai TH dan sedia berkhidmat terutama dalam urusan membabitkan COVID-19."
Sementara itu, Prof Madya Noriah Ismail, 50, pensyarah bahasa Inggeris di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Segamat, Johor berkata apabila rahsia kerjaya mereka terbongkar, masing-masing hanya ketawa dan meneruskan rutin seperti biasa.
"Sepertimana rakan sebilik lain, saya tidak memikirkan tentang sebarang perbezaan... inilah peluang untuk kita beribadah. Tempoh lebih 40 hari agak lama dan saya rasa persamaan dan keserasian itu amat penting," katanya.
Nora Jusin, 54, pula berkata beliau selesa dengan semua rakan sebilik dan dalam kebanyakan masa, mereka akan makan bersama-sama.
Lebih menarik apabila suami keenam-enam wanita tersebut juga tinggal sebilik yang berdekatan dengan bilik mereka sekali gus mencetuskan suasana harmoni.
Dilaporkan antara aduan yang diterima unit kaunseling ketika musim haji ialah gangguan emosi, masalah komunikasi antara suami isteri serta ketidakserasian antara rakan sebilik.
TH menyediakan khidmat kaunseling di setiap bangunan penginapan jemaah bagi membolehkan mereka membuat aduan dan mendapatkan khidmat nasihat agar mampu beribadah dengan selesa.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 18 2022
Perjalanan menunaikan rukun Islam kelima adalah peluang untuk tumpuan penuh diberikan terhadap soal ibadah, maka soal pangkat dan kedudukan dunia perlu ditinggalkan sama sekali. - Gambar hiasan/Bernama
Pengawal peribadi kawal skuad Gergasi Merah
SELANGOR FC mengetatkan kawalan terhadap kesemua barisan pemain dan pengurusan bagi mengelakkan sebarang insiden jenayah berlaku kepada skuad Gergasi Merah itu.
Selangor sanggup bayar kerugian Piala Sumbangsih
SELANGOR FC sanggup menerima apa sahaja hukuman termasuk membayar kerugian susulan skuad Gergasi Merah itu menarik diri daripada saingan Piala Sumbangsih menentang Johor Darul Ta'zim (JDT).
MITI rangka strategi pelbagaikan perdagangan, tumpu negara bukan tradisi - Tengku Zafrul
Dengan cabaran geopolitik yang mengurangkan jumlah perdagangan global, kementerian itu kini memfokuskan kepada negara di rantau Afrika, Amerika Selatan dan Asia Tengah.
Tindakan tegas dikenakan jika Johor alami gangguan bekalan air - MB
Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata isu tersebut masih lagi kerap berlaku di beberapa kawasan, termasuk ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri lepas.
Fokus Minggu Depan: Apa yang boleh hentikan genosid di Gaza?
Apa yang boleh hentikan genosid di Gaza?
Kamarul Zaman Shaharul Anwar, Ketua Pegawai Eksekutif MyCare
Kamarul Zaman Shaharul Anwar, Ketua Pegawai Eksekutif MyCare
Sekurang-kurangnya 20 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan Sabtu malam
Sekurang-kurangnya 20 orang awam terbunuh dan beberapa yang lain cedera pada Sabtu malam dalam serangan udara ganas Israel yang menyasarkan sebuah kompleks kediaman di utara kem pelarian Nuseirat, di tengah Semenanjung Gaza.
Semua berada di belakang Selangor FC - Nidzam
Pengendali Selangor FC, Nidzam Jamil percaya sokongan tidak berbelah bahagi diterima skuad Gergasi Merah itu selepas kejadian menyedihkan menimpa Faisal Halim yang menjadi mangsa simbahan asid pada 5 Mei lalu.
Yaya Empire beri inspirasi, jayakan malam seni HBN 2024 Kelantan
Sambutan Hari Belia Negara 2024 peringkat negeri Kelantan menutup tirai dengan malam seni yang penuh gilang gemilang.
Kerajaan kecam pihak ugut bunuh, hantar peluru kepada Teresa Kok
Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil meluahkan rasa kesal terhadap tindakan pihak yang menghantar kertas ugutan bunuh bersama dua peluru kepada Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok.
Teresa Kok terima kertas ugutan bunuh berserta peluru
Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok menerima kertas ugutan bunuh bersaiz A4 bersama dua peluru yang diletakkan dalam peti surat di kediamannya.
Cabaran sediakan 10 tan rempah untuk hasilkan empat menu demi penuhi cita rasa 31,600 jemaah
Sebanyak 10 tan rempah-ratus pracampur dihantar ke Mekah menggunakan jalan laut bagi kegunaan pasukan penyedia makanan untuk jemaah haji Malaysia.
Pusat Rawatan TH dapat pengiktirafan Arab Saudi tiga tahun berturut-turut
Pusat Rawatan TH itu adalah pusat rawatan jemaah haji luar negara pertama di Arab Saudi yang mendapat kelulusan berkenaan.
Jemaah haji digalakkan kerap minum air, elak terdedah cuaca panas
Syed Saleh meminta jemaah dan petugas Tabung Haji supaya tidak terlalu mendedahkan diri kepada keadaan cuaca panas itu.
Malaysia berisiko hilang keistimewaan jika berterusan langgar peraturan visa
Sekiranya ditangkap kerana menyalah guna visa pelancongan, ia akan mencemarkan nama baik dan imej Malaysia yang selama ini dipandang tinggi.
Kumpulan pertama 282 jemaah haji tiba di Mekah
Tujuh buah bas yang membawa jemaah dari kumpulan KT01 itu tiba jam 5.30 petang waktu tempatan di Hotel Abraj Al Janadiriyah, Mekah.
Haji: Fokus doa dan solat sunat ketika di Raudah, bukan sibuk mengambil gambar
Jemaah haji yang berpeluang menziarahi Raudah di Masjid Nabawi, dinasihatkan tidak terlalu teruja dan sibuk mengambil gambar.
TH sedia penginapan selesa, dekat masjid untuk jemaah di Madinah
Tiga hotel yang dipilih terletak antara 50 hingga 200 meter dari Masjid Nabawi, selesa dan mesra OKU.
Haji 2024: Boleh undang stres, jangan pandang mudah cuaca panas
Cuaca panas di Tanah Suci dijangka mencecah 50 darjah Celcius tahun ini.
58 peratus jemaah haji Malaysia tahun ini kaum wanita
Daripada keseluruhan 31,600 jemaah haji Malaysia, 42 peratus merupakan jemaah lelaki.
Pusat Rawatan Madinah mula beroperasi, dilengkapi pelbagai kemudahan, doktor pakar
Pusat rawatan berkenaan dilengkapi kemudahan antaranya wad dengan kapasiti 33 katil, unit kecemasan, x-ray, fisioterapi dan makmal perubatan selain pakar pemakanan.